Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, January 2, 2022

Mendahulukan Orang Di Sebelah Kanan Ketika Minum

 عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّهُ رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرِبَ لَبَنًا، وَأَتَى دَارَهُ، فَحَلَبْتُ شَاةً، فَشُبْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ البِئْرِ، فَتَنَاوَلَ القَدَحَ فَشَرِبَ، وَعَنْ يَسَارِهِ أَبُو بَكْرٍ، وَعَنْ يَمِينِهِ أَعْرَابِيٌّ، فَأَعْطَى الأَعْرَابِيَّ فَضْلَهُ، ثُمَّ قَالَ: الأَيْمَنَ فَالأَيْمَنَ

Daripada al-Zuhri, dia berkata: Telah memberitahu kepadaku Anas bin Malik (r.a.): Bahawasanya dia melihat Rasulullah SAW sedang minum susu, dan dia telah datang ke rumahnya (Anas), maka aku (Anas) pun memerah susu kambing, maka aku (Anas) pun mencampurkannya dengan air daripada telaga untuk diberikan kepada Rasulullah SAW, maka dia mengambil bekas minuman dan meminumnya, dan di sebelah kirinya terdapat Abu Bakar, dan di sebelah kanannya terdapat seorang Arab, maka baginda memberikan lebihan minumannya kepada orang Arab (untuk diminum), kemudian baginda bersabda: Di sebelah kanan, maka (didahulukan) di sebelah kanan. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ashribah)

I saw Allah's Apostle drinking milk. He came to my house and I milked a sheep and then mixed the milk with water from the well for Allah's Apostle. He took the bowl and drank while on his left there was sitting Abu Bakr, and on his right there was a bedouin. He then gave the remaining milk to the bedouin and said, "The right! The right (first)." 

(https://www.iium.edu.my/deed/hadith/bukhari/069_sbt.html)

Monday, September 13, 2021

Berniat untuk melakukan kebaikan akan mendapat pahala

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " يَقُولُ اللَّهُ: إِذَا أَرَادَ عَبْدِي أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً، فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا، وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِي فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً، وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Apabila seseorang hambaKu berniat untuk melakukan kejahatan, maka janganlah kamu menulisnya sehinggalah dia melakukannya, maka sekiranya dia melakukan kejahatan itu maka tulislah dosanya sama seperti apa yang dia lakukan, dan sekiranya dia meninggalkan kejahatan itu dengan sebab Aku (Allah) maka tulislah baginya satu kebaikan. Dan sekiranya dia berniat untuk melakukan kebaikan maka dia tidak melakukannya maka tulislah bagi dia satu kebaikan, maka sekiranya dia melakukannya maka tulislah bagi dia sepuluh kebaikan baginya dan digandakan hingga tujuh ratus kebaikan. (Hadis riwayat al-Bukhari)  

Sunday, September 5, 2021

Berita gembira berkaitan syurga kepada para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman

  عَنْ أَبِي مُوسَى: أَنَّهُ كَانَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ المَدِينَةِ، وَفِي يَدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُودٌ يَضْرِبُ بِهِ بَيْنَ المَاءِ وَالطِّينِ، فَجَاءَ رَجُلٌ يَسْتَفْتِحُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ» فَذَهَبْتُ فَإِذَا أَبُو بَكْرٍ، فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ، ثُمَّ اسْتَفْتَحَ رَجُلٌ آخَرُ فَقَالَ: «افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ» فَإِذَا عُمَرُ، فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ، ثُمَّ اسْتَفْتَحَ رَجُلٌ آخَرُ، وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ، فَقَالَ: «افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ، عَلَى بَلْوَى تُصِيبُهُ، أَوْ تَكُونُ» فَذَهَبْتُ فَإِذَا عُثْمَانُ، فَقُمْتُ فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ، فَأَخْبَرْتُهُ بِالَّذِي قَالَ، قَالَ: اللَّهُ المُسْتَعَانُ


Hadis Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab:

Pengajaran hadis: 
1) Makluman berkaitan berita gembira bahawa Abu Bakar, Umar dan Uthman akan masuk ke syurga.
2) Uthman bin 'Affan akan diuji dengan ujian yang berat. Perkara ini menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan beliau sebagai khalifah.
3) Rasulullah menggunakan tongkat ketika berjalan.

Thursday, July 7, 2011

Kitab al-Iman, Bab Bersabda Nabi SAW : Islam Dibina Atas 5 Perkara

Imam al-Bukhari telah memulakan bab ini dengan lafaz basmalah, diikuti oleh tajuk kitab iaitu Kitab al-Iman.


Iman dari segi bahasa bermaksud al-tasdiq iaitu membenarkan. Dari segi syarak ialah membenarkan oleh rasul apa-apa sahaja yang dibawa dari Tuhannya, iaitu Allah.

Friday, July 2, 2010

Kitab al-Iman, Du'aukum Imanukum

Doa Ialah Iman

Dalam tajuk bab ini, Imam al-Bukhari menyatakan bahawa : Doa kamu semua adalah sebahagian dari iman kamu semua. Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa Imam al-Bukhari mengaitkan perbuatan berdoa dengan iman.

Thursday, October 29, 2009

Iman Termasuk Perkataan Dan Perbuatan


Terjemahan : "Dan ia (iman) termasuklah perkataan dan perbuatan, dan boleh bertambah dan berkurang."


Dalam satu riwayat al-Kushmihani, beliau mencatatkan ayat di atas tanpa perkataan "wa huwa".


Di sini terdapat dua perbahasan. Yang pertama adalah iman itu termasuk perkataan dan perbuatan. Yang kedua ialah iman itu sifatnya bertambah dan berkurang.