Abstrak.
Sulalat Al-Salatin merupakan sumber bertulis terpenting berkaitan sejarah kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Pengaruh agama Islam sangat jelas kelihatan dalam manuskrip ini terutamanya dari segi penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh pengarangnya. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk menganalisa kesemua penggunaan ayat-ayat al-Quran yang terdapat dalam manuskrip ini dan membandingkannya dengan tafsir-tafsir muktabar karangan para ulama` bagi menilai kefahaman orang-orang Melayu di Melaka pada waktu itu terhadap ayat-ayat tersebut. Oleh itu, pengaruh dan kepentingan ayat-ayat itu dalam Sulalat al-Salatin dapat difahami dan ketepatan penggunaannya dalam konteks suasana pada masa lalu dapat dinilai. Hasilnya, didapati bahawa kesemua ayat-ayat al-Quran itu telah digunakan dengan tepat melainkan satu ayat sahaja yang kurang tepat penggunaanya. Justeru, kajian ini penting untuk menilai pengaruh dan kaitan antara ayat-ayat al-Quran dengan alam Melayu serta bagaimana ayat-ayat al-Quran itu dapat membentuk pemikiran dan jati diri orang-orang Melayu.

Kata Kunci.
Sulalat Al-Salatin, Sejarah Melayu, Alam Melayu, Jati Diri Melayu, Malay Annals

Kertas kerja ini telah dibentangkan di International Conference on Islamic Civilization and Malay Identity 2011 (ICICMI2011), 14th - 15th November 2011, Equatorial Hotel Melaka, Malaysia.
No comments:
Post a Comment