Sunday, January 2, 2022

Mendahulukan Orang Di Sebelah Kanan Ketika Minum

 عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّهُ رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرِبَ لَبَنًا، وَأَتَى دَارَهُ، فَحَلَبْتُ شَاةً، فَشُبْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ البِئْرِ، فَتَنَاوَلَ القَدَحَ فَشَرِبَ، وَعَنْ يَسَارِهِ أَبُو بَكْرٍ، وَعَنْ يَمِينِهِ أَعْرَابِيٌّ، فَأَعْطَى الأَعْرَابِيَّ فَضْلَهُ، ثُمَّ قَالَ: الأَيْمَنَ فَالأَيْمَنَ

Daripada al-Zuhri, dia berkata: Telah memberitahu kepadaku Anas bin Malik (r.a.): Bahawasanya dia melihat Rasulullah SAW sedang minum susu, dan dia telah datang ke rumahnya (Anas), maka aku (Anas) pun memerah susu kambing, maka aku (Anas) pun mencampurkannya dengan air daripada telaga untuk diberikan kepada Rasulullah SAW, maka dia mengambil bekas minuman dan meminumnya, dan di sebelah kirinya terdapat Abu Bakar, dan di sebelah kanannya terdapat seorang Arab, maka baginda memberikan lebihan minumannya kepada orang Arab (untuk diminum), kemudian baginda bersabda: Di sebelah kanan, maka (didahulukan) di sebelah kanan. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ashribah)

I saw Allah's Apostle drinking milk. He came to my house and I milked a sheep and then mixed the milk with water from the well for Allah's Apostle. He took the bowl and drank while on his left there was sitting Abu Bakr, and on his right there was a bedouin. He then gave the remaining milk to the bedouin and said, "The right! The right (first)." 

(https://www.iium.edu.my/deed/hadith/bukhari/069_sbt.html)

Monday, September 13, 2021

Berniat untuk melakukan kebaikan akan mendapat pahala

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " يَقُولُ اللَّهُ: إِذَا أَرَادَ عَبْدِي أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً، فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا، وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِي فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً، وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Apabila seseorang hambaKu berniat untuk melakukan kejahatan, maka janganlah kamu menulisnya sehinggalah dia melakukannya, maka sekiranya dia melakukan kejahatan itu maka tulislah dosanya sama seperti apa yang dia lakukan, dan sekiranya dia meninggalkan kejahatan itu dengan sebab Aku (Allah) maka tulislah baginya satu kebaikan. Dan sekiranya dia berniat untuk melakukan kebaikan maka dia tidak melakukannya maka tulislah bagi dia satu kebaikan, maka sekiranya dia melakukannya maka tulislah bagi dia sepuluh kebaikan baginya dan digandakan hingga tujuh ratus kebaikan. (Hadis riwayat al-Bukhari)  

Sunday, September 5, 2021

Berita gembira berkaitan syurga kepada para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman

  عَنْ أَبِي مُوسَى: أَنَّهُ كَانَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ المَدِينَةِ، وَفِي يَدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُودٌ يَضْرِبُ بِهِ بَيْنَ المَاءِ وَالطِّينِ، فَجَاءَ رَجُلٌ يَسْتَفْتِحُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ» فَذَهَبْتُ فَإِذَا أَبُو بَكْرٍ، فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ، ثُمَّ اسْتَفْتَحَ رَجُلٌ آخَرُ فَقَالَ: «افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ» فَإِذَا عُمَرُ، فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ، ثُمَّ اسْتَفْتَحَ رَجُلٌ آخَرُ، وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ، فَقَالَ: «افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ، عَلَى بَلْوَى تُصِيبُهُ، أَوْ تَكُونُ» فَذَهَبْتُ فَإِذَا عُثْمَانُ، فَقُمْتُ فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ، فَأَخْبَرْتُهُ بِالَّذِي قَالَ، قَالَ: اللَّهُ المُسْتَعَانُ


Hadis Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab:

Pengajaran hadis: 
1) Makluman berkaitan berita gembira bahawa Abu Bakar, Umar dan Uthman akan masuk ke syurga.
2) Uthman bin 'Affan akan diuji dengan ujian yang berat. Perkara ini menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan beliau sebagai khalifah.
3) Rasulullah menggunakan tongkat ketika berjalan.

Monday, February 25, 2013

ADAB DAN PERADABAN


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga membeli buku yang sekian lama dicari selepas pelancarannya tahun lepas. Buku yang menghimpunkan beberapa makalah yang bermutu berkaitan pemikiran Tan Sri Syed Naquib al-Attas, terutamanya sumbangannya dalam bidang falsafah ilmu di negara kita. Terdapat banyak makalah bermutu yang dimuatkan di dalam buku yang setebal 722 mukasurat ini. Apa yang menarik perhatian saya ialah terdapatnya beberapa makalah yang turut membincangkan tentang falsafah linguistik Melayu dan pensejarahan Islam di Alam Melayu....

Masih sedang berusaha menghabiskan bacaannya...

Berikut dikongsikan penerangan ringkas dari buku tersebut tentang tulisan khat "Basmalah" berbentuk ayam jantan hasil ilham Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (ms 366):


Ayam jantan unggas dinihari.
Nadanya nyaring menyambut ketibaan hari.
Dia simbol bagi matahari.

Saturday, April 21, 2012

Jurnal Usuluddin

Jurnal Usuluddin 
Diterbitkan oleh : Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


1) Masjid al-Haram dan Peranannya Dalam Perkembangan Awal Pendidikan dan Intelektualisme Masyarakat Melayu, Mohammad Redzuan Othman, Bil. 13, Julai 2001, ms. 65-80.


Abstrak: 
The article portrays the relation between Malaya and Masjid al-Haram in Makkah in term of the development of Malay Muslim's and education. Historically, it has been proven that the establishment of pondok system and then madrasah was the direct impact of Malay Muslim. Ulama who had studied mostly in Masjid al-Haram such as Tok Kenali who has established the first pondok in Kelantan. Those who attended at pondok's education in Malaya at last will pursue their halaqah study at Masjid al-Haram. Therefore this article attempts to indicate directly the role played by Masjid al-Haram to the development of Malay intellectualism and education.

2) Pendekatan Karya 'Ulama` Tradisional: Tumpuan Kepada Karya-karya Jawi Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin, Hanafiah Taib al-Qadhi (1908-1998), Shukri Ahmad, Bil. 13, Julai 2001, ms. 95-114.

Wednesday, April 18, 2012

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III 2006

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III : Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu
ISBN : 983-2234-26-3
Diterbitkan oleh : Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Cetakan Pertama, 2006

1. Pemikiran Syeikh Mohd Idris al-Marbawi dalam Penyusunan Kamus Dwibahasa: Satu Perbandingan Terhadap Kamus Arab Klasik (Abd. Rauf Dato' Haji Hassan Azhari)

2. Dato' Sheikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar: Tokoh Pendakwah dan Ulama Prolifik Negeri Kedah (Abdul Basir Mohamad)

The Malacca Empire: Sayings of Prophet Muhammad in Sulalat Al-Salatin

Abstract:
In the fifteenth century, the Malacca Empire emerged as the centre of Islamic civilization in the Malay Archipelago. The history had been recorded in Sulalat Al-Salatin, an important literary source about the genealogy of all Kings in Malacca. The objective of this study was to analyze the understanding of sayings from Prophet Muhammad among Malays in Malacca during the fifteenth century through all of the hadith quoted in Sulalat Al-Salatin. This study used content analysis methodology to validate the sayings where all of them were critically analyzed and compared with the classical hadith sources from prominent Muslim scholars. As a result, only two out of the four quotations were considered as authentic sayings of Prophet Muhammad. This study also showed the importance of the palace as the centre of the Islamic education system and the role played by Muslim preachers from outside of Malacca to propagate Islam in Malacca.

Author: 
Abdur-Rahman M. A., R. M. Mohd. Ali, and R. A. I. R. Yaacob.

Hadith in Malay Annals, Malay Annals, Sejarah Melayu, Sulalat Al-Salatin.  

This paper has been presented at International Conference of Social Sciences 2012 (ICSS2012),  11th - 13th April 2012, Venice, Italy.

This paper also has been published in the conference proceedings, World Academy of Science, Engineering and Technology, Issue 64, April 2012, Venice, Italy, pp. 553-556, pISSN 2010-376X, eISSN 2010-3778.