Friday, May 3, 2024

Kisah Yahudi Menganiaya Wanita dan Balasannya

 عَدَا يَهُودِيٌّ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى جَارِيَةٍ، فَأَخَذَ أَوْضَاحًا كَانَتْ عَلَيْهَا وَرَضَخَ رَأْسَهَا، فَأَتَى بِهَا أَهْلُهَا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهْىَ فِي آخِرِ رَمَقٍ، وَقَدْ أُصْمِتَتْ، فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ مَنْ قَتَلَكِ فُلاَنٌ ‏"‏‏.‏ لِغَيْرِ الَّذِي قَتَلَهَا، فَأَشَارَتْ بِرَأْسِهَا أَنْ لاَ، قَالَ فَقَالَ لِرَجُلٍ آخَرَ غَيْرِ الَّذِي قَتَلَهَا، فَأَشَارَتْ أَنْ لاَ، فَقَالَ ‏"‏ فَفُلاَنٌ ‏"‏‏.‏ لِقَاتِلِهَا فَأَشَارَتْ أَنْ نَعَمْ، فَأَمَرَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَرُضِخَ رَأْسُهُ بَيْنَ حَجَرَيْنِ‏.‏

Seorang Yahudi pada zaman Rasulullah SAW menganiaya seorang wanita. Dia mengambil perhiasan perak yang terdapat pada wanita itu, lalu menghentak kepalanya. Maka keluarga perempuan itu membawanya kepada Rasulullah SAW, sedangkan dia berada di akhir nafasnya dan tidak mampu lagi berbicara. Rasulullah SAW bertanya kepadanya: "Siapakah yang membunuhmu? Adakah si fulan? - merujuk kepada orang yang tidak membunuhnya, - dan mangsa mengisyaratkan dengan kepalanya yang bermaksud tidak. Baginda bertanya lagi: "Adakah si fulan?" - merujuk kepada orang yang tidak membunuhnya, - dan dia kembali membuat isyarat yang bermaksud tidak.  Lalu baginda bertanya lagi: "Adakah si fulan?" - merujuk kepada orang yang membunuhnya, - maka perempuan itu mengisyaratkan yang bermaksud ya. Maka Rasulullah SAW memerintahkan agar kepala lelaki itu dihentak di antara dua batu.

During the lifetime of Allah's Messenger (ﷺ) a Jew attacked a girl and took some silver ornaments she was wearing and crushed her head. Her relative brought her to the Prophet (ﷺ) while she was in her last breaths, and she was unable to speak. Allah's Messenger (ﷺ) asked her, "Who has hit you? So-and so?", mentioning somebody other than her murderer. She moved her head, indicating denial. The Prophet (ﷺ) mentioned another person other than the murderer, and she again moved her head indicating denial. Then he asked, "Was it so-and-so?", mentioning the name of her killer. She nodded, agreeing. Then Allah's Messenger (ﷺ); ordered that the head of that Jew be crushed between two stones.

(Al-Bukhari, Kitab al-Talak, 5295)

Wanita Berbai'ah Tanpa Menyentuh Tangan Rasulullah

 فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ ‏"‏، لاَ وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ، غَيْرَ أَنَّهُ بَايَعَهُنَّ بِالْكَلاَمِ، وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى النِّسَاءِ إِلاَّ بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ ‏"‏ قَدْ بَايَعْتُكُنَّ ‏"‏‏.‏ كَلاَمًا‏.‏


...Apabila mereka memperakui dengan lisan mereka, Nabi SAW bersabda kepada mereka: "Kembalilah, sesungguhnya aku telah menerima bai'ah (perjanjian setia) kamu." Tidak, demi Allah! Tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh mana-mana tangan wanita sama sekali, akan tetapi baginda menerima perjanjian taat setia mereka secara lisan. Demi Allah, baginda tidak pernah mengambil sesuatu daripada wanita melainkan dengan apa yang Allah perintahkannya. Baginda berkata kepada mereka apabila mengambil perjanjian taat setia mereka: "Aku menerima bai'ah kamu," secara lisan.

...When they agreed on those conditions and confessed that with their tongues, Allah's Messenger (ﷺ) would say to them, "Go, I have accepted your oath of allegiance (for Islam). By Allah, and hand of Allah's Messenger (ﷺ) never touched the hand of any woman, but he only used to take their pledge of allegiance orally. By Allah, Allah's Messenger (ﷺ) did not take the pledge of allegiance of the women except in accordance with what Allah had ordered him. When he accepted their pledge of allegiance he would say to them, "I have accepted your oath of allegiance."

(al-Bukhari, Kitab al-Talak, Hadis nombor 5288)

Saturday, February 26, 2022

Larangan minum menggunakan gelas dari perak dan emas

 عَنِ ابْنِ أَبِي لَيْلَى، قَالَ: كَانَ حُذَيْفَةُ، بِالْمَدَايِنِ، فَاسْتَسْقَى، فَأَتَاهُ دِهْقَانٌ بِقَدَحِ فِضَّةٍ فَرَمَاهُ بِهِ، فَقَالَ: إِنِّي لَمْ أَرْمِهِ إِلَّا أَنِّي نَهَيْتُهُ فَلَمْ يَنْتَهِ، " وَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَانَا عَنِ الحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ، وَالشُّرْبِ فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالفِضَّةِ، وَقَالَ: «هُنَّ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا، وَهِيَ لَكُمْ فِي الآخِرَةِ

Daripada ibn Abu Laila, telah berkata: Huzaifah berada di Mada'in dan dia meminta minuman. Maka ketua kampung datang membawa kepadanya gelas perak, maka Huzaifah melemparnya, lalu dia berkata: Sesungguhnya aku tidak melemparkannya melainkan aku telah melarangnya tetapi dia tidak mengendahkannya. Dan sesungguhnya Nabi Sallallah 'alayhi wasallam melarang kami daripada memakai sutera (harir dan dibaj), dan minum daripada gelas yang diperbuat daripada emas dan perak. Dan Rasulullah SAW bersabda: Ia adalah bagi (kegunaan) mereka (bukan Islam) di dunia dan ia adalah bagi (kegunaan) kamu (muslim) di akhirat. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ashribah, bab al-Shurb fi Aniah al-zahab)

Narrated Ibn Abi Laila: While Hudhaita was at Mada'in, he asked for water. The chief of the village brought him a silver vessel. Hudhaifa threw it away and said, "I have thrown it away because I told him not to use it, but he has not stopped using it. The Prophet forbade us to wear clothes of silk or Dibaj, and to drink in gold or silver utensils, and said, 'These things are for them (unbelievers) in this world and for you (Muslims) in the Hereafter.' "

https://www.iium.edu.my/deed/hadith/bukhari/069_sbt.html

Larangan meminum minuman daripada bekasnya

 عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الشُّرْبِ مِنْ فِي السِّقَاءِ

Daripada ibn 'Abbas r.a, telah berkata: Nabi Sallahu 'alayhi wasallam telah melarang daripada meminum daripada muncung bekas minuman (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ashribah, Bab al-Shurb min fam al-siqa').

The Prophet forbade the drinking of water direct from the mouth of a water-skin. (https://www.iium.edu.my/deed/hadith/bukhari/069_sbt.html)

Ibn Hajar al-'Asqalani menukilkan pendapat al-Nawawi seperti berikut:

Telah berkata al-Nawawi: telah ittifaq bahawa larangan dalam hadis tersebut (iaitu hadis dengan lafaz yang sama, tetapi daripada Abu Hurairah) ialah larangan berbentuk "littanzih" dan bukannya "littahrim". 

Sunday, January 2, 2022

Mendahulukan Orang Di Sebelah Kanan Ketika Minum

 عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّهُ رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرِبَ لَبَنًا، وَأَتَى دَارَهُ، فَحَلَبْتُ شَاةً، فَشُبْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ البِئْرِ، فَتَنَاوَلَ القَدَحَ فَشَرِبَ، وَعَنْ يَسَارِهِ أَبُو بَكْرٍ، وَعَنْ يَمِينِهِ أَعْرَابِيٌّ، فَأَعْطَى الأَعْرَابِيَّ فَضْلَهُ، ثُمَّ قَالَ: الأَيْمَنَ فَالأَيْمَنَ

Daripada al-Zuhri, dia berkata: Telah memberitahu kepadaku Anas bin Malik (r.a.): Bahawasanya dia melihat Rasulullah SAW sedang minum susu, dan dia telah datang ke rumahnya (Anas), maka aku (Anas) pun memerah susu kambing, maka aku (Anas) pun mencampurkannya dengan air daripada telaga untuk diberikan kepada Rasulullah SAW, maka dia mengambil bekas minuman dan meminumnya, dan di sebelah kirinya terdapat Abu Bakar, dan di sebelah kanannya terdapat seorang Arab, maka baginda memberikan lebihan minumannya kepada orang Arab (untuk diminum), kemudian baginda bersabda: Di sebelah kanan, maka (didahulukan) di sebelah kanan. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ashribah)

I saw Allah's Apostle drinking milk. He came to my house and I milked a sheep and then mixed the milk with water from the well for Allah's Apostle. He took the bowl and drank while on his left there was sitting Abu Bakr, and on his right there was a bedouin. He then gave the remaining milk to the bedouin and said, "The right! The right (first)." 

(https://www.iium.edu.my/deed/hadith/bukhari/069_sbt.html)

Monday, September 13, 2021

Berniat untuk melakukan kebaikan akan mendapat pahala

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " يَقُولُ اللَّهُ: إِذَا أَرَادَ عَبْدِي أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً، فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا، وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِي فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً، وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Apabila seseorang hambaKu berniat untuk melakukan kejahatan, maka janganlah kamu menulisnya sehinggalah dia melakukannya, maka sekiranya dia melakukan kejahatan itu maka tulislah dosanya sama seperti apa yang dia lakukan, dan sekiranya dia meninggalkan kejahatan itu dengan sebab Aku (Allah) maka tulislah baginya satu kebaikan. Dan sekiranya dia berniat untuk melakukan kebaikan maka dia tidak melakukannya maka tulislah bagi dia satu kebaikan, maka sekiranya dia melakukannya maka tulislah bagi dia sepuluh kebaikan baginya dan digandakan hingga tujuh ratus kebaikan. (Hadis riwayat al-Bukhari)  

Sunday, September 5, 2021

Berita gembira berkaitan syurga kepada para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman

  عَنْ أَبِي مُوسَى: أَنَّهُ كَانَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ المَدِينَةِ، وَفِي يَدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُودٌ يَضْرِبُ بِهِ بَيْنَ المَاءِ وَالطِّينِ، فَجَاءَ رَجُلٌ يَسْتَفْتِحُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ» فَذَهَبْتُ فَإِذَا أَبُو بَكْرٍ، فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ، ثُمَّ اسْتَفْتَحَ رَجُلٌ آخَرُ فَقَالَ: «افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ» فَإِذَا عُمَرُ، فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ، ثُمَّ اسْتَفْتَحَ رَجُلٌ آخَرُ، وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ، فَقَالَ: «افْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ، عَلَى بَلْوَى تُصِيبُهُ، أَوْ تَكُونُ» فَذَهَبْتُ فَإِذَا عُثْمَانُ، فَقُمْتُ فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ، فَأَخْبَرْتُهُ بِالَّذِي قَالَ، قَالَ: اللَّهُ المُسْتَعَانُ


Hadis Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab:

Pengajaran hadis: 
1) Makluman berkaitan berita gembira bahawa Abu Bakar, Umar dan Uthman akan masuk ke syurga.
2) Uthman bin 'Affan akan diuji dengan ujian yang berat. Perkara ini menjadi kenyataan pada zaman pemerintahan beliau sebagai khalifah.
3) Rasulullah menggunakan tongkat ketika berjalan.

Monday, February 25, 2013

ADAB DAN PERADABAN


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga membeli buku yang sekian lama dicari selepas pelancarannya tahun lepas. Buku yang menghimpunkan beberapa makalah yang bermutu berkaitan pemikiran Tan Sri Syed Naquib al-Attas, terutamanya sumbangannya dalam bidang falsafah ilmu di negara kita. Terdapat banyak makalah bermutu yang dimuatkan di dalam buku yang setebal 722 mukasurat ini. Apa yang menarik perhatian saya ialah terdapatnya beberapa makalah yang turut membincangkan tentang falsafah linguistik Melayu dan pensejarahan Islam di Alam Melayu....

Masih sedang berusaha menghabiskan bacaannya...

Berikut dikongsikan penerangan ringkas dari buku tersebut tentang tulisan khat "Basmalah" berbentuk ayam jantan hasil ilham Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (ms 366):


Ayam jantan unggas dinihari.
Nadanya nyaring menyambut ketibaan hari.
Dia simbol bagi matahari.

Saturday, April 21, 2012

Jurnal Usuluddin

Jurnal Usuluddin 
Diterbitkan oleh : Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


1) Masjid al-Haram dan Peranannya Dalam Perkembangan Awal Pendidikan dan Intelektualisme Masyarakat Melayu, Mohammad Redzuan Othman, Bil. 13, Julai 2001, ms. 65-80.


Abstrak: 
The article portrays the relation between Malaya and Masjid al-Haram in Makkah in term of the development of Malay Muslim's and education. Historically, it has been proven that the establishment of pondok system and then madrasah was the direct impact of Malay Muslim. Ulama who had studied mostly in Masjid al-Haram such as Tok Kenali who has established the first pondok in Kelantan. Those who attended at pondok's education in Malaya at last will pursue their halaqah study at Masjid al-Haram. Therefore this article attempts to indicate directly the role played by Masjid al-Haram to the development of Malay intellectualism and education.

2) Pendekatan Karya 'Ulama` Tradisional: Tumpuan Kepada Karya-karya Jawi Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin, Hanafiah Taib al-Qadhi (1908-1998), Shukri Ahmad, Bil. 13, Julai 2001, ms. 95-114.

Wednesday, April 18, 2012

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III 2006

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III : Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu
ISBN : 983-2234-26-3
Diterbitkan oleh : Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Cetakan Pertama, 2006

1. Pemikiran Syeikh Mohd Idris al-Marbawi dalam Penyusunan Kamus Dwibahasa: Satu Perbandingan Terhadap Kamus Arab Klasik (Abd. Rauf Dato' Haji Hassan Azhari)

2. Dato' Sheikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar: Tokoh Pendakwah dan Ulama Prolifik Negeri Kedah (Abdul Basir Mohamad)

The Malacca Empire: Sayings of Prophet Muhammad in Sulalat Al-Salatin

Abstract:
In the fifteenth century, the Malacca Empire emerged as the centre of Islamic civilization in the Malay Archipelago. The history had been recorded in Sulalat Al-Salatin, an important literary source about the genealogy of all Kings in Malacca. The objective of this study was to analyze the understanding of sayings from Prophet Muhammad among Malays in Malacca during the fifteenth century through all of the hadith quoted in Sulalat Al-Salatin. This study used content analysis methodology to validate the sayings where all of them were critically analyzed and compared with the classical hadith sources from prominent Muslim scholars. As a result, only two out of the four quotations were considered as authentic sayings of Prophet Muhammad. This study also showed the importance of the palace as the centre of the Islamic education system and the role played by Muslim preachers from outside of Malacca to propagate Islam in Malacca.

Author: 
Abdur-Rahman M. A., R. M. Mohd. Ali, and R. A. I. R. Yaacob.

Hadith in Malay Annals, Malay Annals, Sejarah Melayu, Sulalat Al-Salatin.  

This paper has been presented at International Conference of Social Sciences 2012 (ICSS2012),  11th - 13th April 2012, Venice, Italy.

This paper also has been published in the conference proceedings, World Academy of Science, Engineering and Technology, Issue 64, April 2012, Venice, Italy, pp. 553-556, pISSN 2010-376X, eISSN 2010-3778.

Analisis Penggunaan Ayat-ayat Al-Quran Dalam Sulalat Al-Salatin

Abstrak.
Sulalat Al-Salatin merupakan sumber bertulis terpenting berkaitan sejarah kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Pengaruh agama Islam sangat jelas kelihatan dalam manuskrip ini terutamanya dari segi penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh pengarangnya. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk menganalisa kesemua penggunaan ayat-ayat al-Quran yang terdapat dalam manuskrip ini dan membandingkannya dengan tafsir-tafsir muktabar karangan para ulama` bagi menilai kefahaman orang-orang Melayu di Melaka pada waktu itu terhadap ayat-ayat tersebut. Oleh itu, pengaruh dan kepentingan ayat-ayat itu dalam Sulalat al-Salatin dapat difahami dan ketepatan penggunaannya dalam konteks suasana pada masa lalu dapat dinilai. Hasilnya, didapati bahawa kesemua ayat-ayat al-Quran itu telah digunakan dengan tepat melainkan satu ayat sahaja yang kurang tepat penggunaanya. Justeru, kajian ini penting untuk menilai pengaruh dan kaitan antara ayat-ayat al-Quran dengan alam Melayu serta bagaimana ayat-ayat al-Quran itu dapat membentuk pemikiran dan jati diri orang-orang Melayu.
 
Kata Kunci.
Sulalat Al-Salatin, Sejarah Melayu, Alam Melayu, Jati Diri Melayu, Malay Annals

Kertas kerja ini telah dibentangkan di International Conference on Islamic Civilization and Malay Identity 2011 (ICICMI2011), 14th - 15th November 2011, Equatorial Hotel Melaka, Malaysia.

Wednesday, October 26, 2011

The Malay World: An Analysis of Quranic Verses in Sulalat al-Salatin


Title: 
The Malay World: An Analysis of Quranic Verses in Sulalat al-Salatin 

Authors: 
Abdur-Rahman M.A., Muhammad Ridhuan Tony Lim Abdullah and Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob

Department of Management and Humanities, Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak, Malaysia.

Abstract :

Thursday, July 7, 2011

Historical Review of Classical Hadith Literature in Malay Peninsula

Abstract :
Malay Peninsula had become one of the important Muslim education centres during 15th to 16th century in Malacca. It produced many classical Islamic manuscripts including hadith (tradition of the prophet) literature. This study provided the discussion and review about important hadith literature which were written in Malay Peninsula before the independence of Malaya in 1957. It revealed how the literature developed century by century, starting from 15th century until 20th century. The names of the literatures and the authors were identified from the original literature itself and various printed materials related. In addition, for some important literature, the content of it was also discussed. As a result of this study, it was found that the number of hadith literature in Malay Peninsula was very low compared to the other fields in Islam. As a consequence, Muslim scholars who were involved in this field became unknown and their contributions were not appreciated. Thus, it was recommended that the Malay classical hadith literature must be studied and introduced to the society by editing and reproducing it in a modern way.

This article has been published in International Journal of Basic & Applied Sciences IJBAS-IJENS Vol. : 11 No. 2, page 1-6 by Abdur-Rahman M.A. et.al. (2011).

Kitab al-Iman, Bab Bersabda Nabi SAW : Islam Dibina Atas 5 Perkara

Imam al-Bukhari telah memulakan bab ini dengan lafaz basmalah, diikuti oleh tajuk kitab iaitu Kitab al-Iman.


Iman dari segi bahasa bermaksud al-tasdiq iaitu membenarkan. Dari segi syarak ialah membenarkan oleh rasul apa-apa sahaja yang dibawa dari Tuhannya, iaitu Allah.

Friday, July 2, 2010

Kitab al-Iman, Du'aukum Imanukum

Doa Ialah Iman

Dalam tajuk bab ini, Imam al-Bukhari menyatakan bahawa : Doa kamu semua adalah sebahagian dari iman kamu semua. Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa Imam al-Bukhari mengaitkan perbuatan berdoa dengan iman.

Thursday, October 29, 2009

Iman Termasuk Perkataan Dan Perbuatan


Terjemahan : "Dan ia (iman) termasuklah perkataan dan perbuatan, dan boleh bertambah dan berkurang."


Dalam satu riwayat al-Kushmihani, beliau mencatatkan ayat di atas tanpa perkataan "wa huwa".


Di sini terdapat dua perbahasan. Yang pertama adalah iman itu termasuk perkataan dan perbuatan. Yang kedua ialah iman itu sifatnya bertambah dan berkurang.